Friday, February 13, 2015

Zoo Melaka housemate aje!


Yuhhhuuu... Assalamualaikum. Kepagian semua. Hehe. bangun pagi2 terus ingat nak update blog. ok hari ni aku share citer pasal zoo melaka pulak. kali ni tak berape nak travel sangat lah sebab aku belajar di Melaka n bercerita pasal Zoo Melaka. tapi yang penting jalan-jalan jugak kan. haha. masa ni aku baru sem 1. baru-baru lagi kt Melaka. hihi. Idea nak pergi zoo ni sebenarnya datang dari housemate aku jugak... Ummi n Kak Sue... dalam gambar yang pakai tudung kelabu tu Ummi. n tdung biru tu Kak Sue. Kak Sue ni orang Sabahan. So of coarse la dia yang excited lebih nak g zoo Melaka ni.haha.

Kitorang pergi masa tu tak silap New Year 2014. bila ingat balik rindu pulak rasanya. yela sebab sekarang ni da tak tinggal sama2 da.. n yang ade pun da nk grade da.. emmmm...bangun pagi2 semua excited nak pergi zoo. haha. masa tu kitorang gerak pagi ke Zoo Melaka. zoo ni terletak kat Ayer Keroh, Melaka... yela, nama pun pergi zoo so kena la gerak pagi2 sebab kalau gerak lambat nanti panas pulak nak berjalan ye tak? hihi. 

Sampai je zoo cari parking semua, then jalan2 jap kat bawah tu... banyak gerai2 kecil yang jual cenderamata n macam2 la. semua cantik2 comel2 belaka. da habis gerai semua kitorang pusing, then terus naik g zoo. masuk2 terus beli tiket semua. kalau tak silap masa tu tiket dalam RM15 sorang. masuk dalam tu wahh semua excited jalan2 tengok macam2 jenis haiwan ade... yang jinak yang liar. macam harimau, singa, badak, ular n macam2 la. nak list kat sini macam banyak sangat la pulak. haha. n yang paling tak bole lupe tu aku kena kejar dengan monyet sebab tangan aku pegang air masa tu. haha. lintang pukang semua lari dari monyet2 tu. hai igt balik senyum sorang2 la nampaknya.

Selain tu jugak kitorang ade tengok persembahan burung2. Serius best sangat. burung2 yang cantik n bijak sangat. maybe burung2 tu da dilatih khas untuk persembahan. tu yang bijak sangat tu. hihi. persembahan tu amek masa dalam 20 ke 30 minit. tapi memang tak bosan langsung. memang best! kat sini aku nak share la beberapa moment kat Zoo Melaka housemate aje !!


Haaaaa..... tu la antara moment2 yang dapat aku share kat sini. ok selain daripada zoo, kitorang pergi jugak pusat rekreasi kat Ayer Keroh tu. serius best jugak. korang kena pergi! banyak aktiviti menarik yang korang boleh buat kat sane. Especially pergi dengan kawan2 kan. ofcos la happening sangat. haha. cube tengok gambar2 yang aku share ni........so untuk entry kali ni, tu jela yang dapat aku share... untuk next entry? nak tahu aku pergi mana? haha. tunggu jela k <3






Genting Highland rindu rinduan !




Hollaaaaa... Assalamualaikum... untuk entry kali nie,... da masuk bab travel la yea... tempat first yang aku nak share kt sini ialah Genting Highland!!!! siapa tak tahu tempat tu??? tipu sangattt. haha. Genting Highland merupakan salah satu tempat percutian yang korang semua kena pergi. kena rasa pengalaman kat sana. Serius aku bagi 5 bintang. Best gilerrr kot.

First of all idea nak pergi ke genting ni datang dari member aku...Kitorang pergi kalau tak salah dalam awal tahun 2013. masa tu aku kat diploma lagi..lama jugak la da berlalu. sekarang pun da 2015. daripada idea kosong, kitorang akhirnya berjaya jugak sampai kat sana. Alhamdulillah.. sebelum gerak tu, kami ade survey beberapa pakej nak ke sana, perjalanan, kos, hotel n macam2 lagi lah. tu semua antara yang penting kita kena survey sebelum nak g mana2. 

So tiba pada harinya, masa tu aku g ber enam.. semua tu kawan2 kolej aku. Kami gerak dari Muar masa tu dalam tengah hari  tak silap... perjalanan nak ke kl mase tu dalam 2 jam lebih jugak la...sampai je kl kitorang terus cari hotel bajet yang sesuai dengan bajet kitorang ni. pusing-pusing kl jugak lah mencari hotel masa tu.. n akhirnya kitorang dapat hotel yang selesa dengan harga yang berpatutan. so ok la semua setuju. x silap untuk 1 malam dalam RM80 sahaja. so kitorang rehat2 ptg tu n malam kitorang jalan-jalan kt kl... mase tu kitorang g uptown danau kota n lepak2 makan je. Pastu terus balik hotel n tidur sebab esok pagi nak kena bangun awal untuk ke Gombak.




ok ok ok...bangun pagi2 n terus gerak ke Gombak... sampai je kat Stesen Putra Gombak, kitorang terus amek pakej dari sane... kalau tak salah dalam RM60 sorang..Pakej tu bermula daripada Gombak, kitorang naik bas yang disediakan sampailah ke stesen cable car untuk naik ke Genting. n RM60 tu termasuk pakej outdoor kat Genting. ok la puas hati dengan harga n pakej yang disediakan. untuk aku, tu pengalaman first dapat naik cable car. haha. takut gayat semua ada. duduk diam2 je dalam cable car tu. ape2 pun tu semua pengalaman buat aku. best sangat2! kalau diberi peluang, ade mase, ade duit lebih aku teringin nak pergi lagi. rindu giler dengan sejuk kat sana. haha. kat sini aku sertakan beberapa gambar sepanjang aku kat Genting Highland.  wait my next entry kalau nak tahu pengalaman  travel ke tempat lain pulak <3




















Thursday, February 12, 2015

Salam pembuka bicara



Assalamualaikum pembuka bicara... first of all nak kenalkan diri dulu.. Nama diberi Rodziah Binti Md Basri. tapi kawan-kawan lebih senang panggil Ogy. Nama Ogy uh lama da melekat dengan aku dari sekolah tadika lagi ha... lama tak lama la kan. haha. sekarang umur aku da mencecah 23 tahun pada 15 Jan yang lepas. Tua da pun. untuk entry aku yang pertama ni aku just nak share tentang diri aku je..aku ni anak manja family...family aku tak besar mana pun. sebab aku just ade sorang abang. Sekarang ni aku just ade ayah and abang sebab Arwah mama dah takde..aku memang anak jati Batu Pahat. dari kecik sampai besar memang tinggal di Batu Pahat. Bila sambung belajar amek diploma baru la keluar dari Batu Pahat...n now sekarang amek degree pun di luar Batu pahat..

Cakap tentang pelajaran, aku ni biase-biase je... SPM pun biase-biase je. haha. tapi ade rezki sambung belajar amek diploma. Alhamdulillah.. Diploma dulu aku amek coarse Kejuruteraan Elekronik Bioperubatan. 3 tahun kat KKTM Ledang. serius cakap coarse tu memang susah n x kena dengan jiwa aku sebenarnya. tapi kuatkan hati kuatkan semangat belajar sampai la habis n grade sebagai student engineering la kononnya. haha. tapi di sebalik belajar yang susah-susah tue, at least banyak juga pengalaman yang aku dapat. lebih-lebih lagi masa aku praktikal. Masa tu aku LI kat private hospital so macam-macam benda aku kena buat. n tu pun sebenarnya pengalaman yang berguna jugak untuk aku. Haaaaa yang kat bawah ni antara moment2 aku kat diploma dulu... <3










N now, aku sambung belajar amek degree pulak kat Kolej Universiti Islam Melaka. kat sini aku amek coarse Pentadbiran Perniagaan Keusahawanan. untuk degree ni aku lebih selesa la sebab aku da ada pengalaman masa diploma dulu. So aku da bole bawak diri aku ke zon yang selesa sikit lah.. cara belajar, life as student... ok laaa... coarse pun ok... lebih mudah bebanding engineering n memang sesuai dengan jiwa aku. haha. yang best tu untuk dua sem da aku kat sini, aku dapat capai target pointer yang aku nak. Alhamdulillah...Bersyukur sangat. Walaupun taklah terbaik sangat tapi at least dalam kedudukan yang selesa. takpe sem ni, n sem2 yang akan datang struggle lagi  dapatkan pointer de best kebabomm InsyaAllah!

Kenapa aku buat blog ni ??? sebab ni antara assignment yang aku kena buat untuk subjek e-commerce. antara subjek yang aku kena amek sem ni, sem3... alhamdulillah sekarang da masuk tahun 2... semoga semuanya dipermudahkan. n aku dapat capai ape yang aku nak, segulung ijazah untuk diri aku n family kususnya untuk arwah mama. untuk entry lepas ni InsyaAllah aku akan bercerita banyak tentang travel. sebab aku ni kaki bejalan. haaaaa. nak tahu ??? wait next entry !