Friday, February 13, 2015

Genting Highland rindu rinduan !




Hollaaaaa... Assalamualaikum... untuk entry kali nie,... da masuk bab travel la yea... tempat first yang aku nak share kt sini ialah Genting Highland!!!! siapa tak tahu tempat tu??? tipu sangattt. haha. Genting Highland merupakan salah satu tempat percutian yang korang semua kena pergi. kena rasa pengalaman kat sana. Serius aku bagi 5 bintang. Best gilerrr kot.

First of all idea nak pergi ke genting ni datang dari member aku...Kitorang pergi kalau tak salah dalam awal tahun 2013. masa tu aku kat diploma lagi..lama jugak la da berlalu. sekarang pun da 2015. daripada idea kosong, kitorang akhirnya berjaya jugak sampai kat sana. Alhamdulillah.. sebelum gerak tu, kami ade survey beberapa pakej nak ke sana, perjalanan, kos, hotel n macam2 lagi lah. tu semua antara yang penting kita kena survey sebelum nak g mana2. 

So tiba pada harinya, masa tu aku g ber enam.. semua tu kawan2 kolej aku. Kami gerak dari Muar masa tu dalam tengah hari  tak silap... perjalanan nak ke kl mase tu dalam 2 jam lebih jugak la...sampai je kl kitorang terus cari hotel bajet yang sesuai dengan bajet kitorang ni. pusing-pusing kl jugak lah mencari hotel masa tu.. n akhirnya kitorang dapat hotel yang selesa dengan harga yang berpatutan. so ok la semua setuju. x silap untuk 1 malam dalam RM80 sahaja. so kitorang rehat2 ptg tu n malam kitorang jalan-jalan kt kl... mase tu kitorang g uptown danau kota n lepak2 makan je. Pastu terus balik hotel n tidur sebab esok pagi nak kena bangun awal untuk ke Gombak.




ok ok ok...bangun pagi2 n terus gerak ke Gombak... sampai je kat Stesen Putra Gombak, kitorang terus amek pakej dari sane... kalau tak salah dalam RM60 sorang..Pakej tu bermula daripada Gombak, kitorang naik bas yang disediakan sampailah ke stesen cable car untuk naik ke Genting. n RM60 tu termasuk pakej outdoor kat Genting. ok la puas hati dengan harga n pakej yang disediakan. untuk aku, tu pengalaman first dapat naik cable car. haha. takut gayat semua ada. duduk diam2 je dalam cable car tu. ape2 pun tu semua pengalaman buat aku. best sangat2! kalau diberi peluang, ade mase, ade duit lebih aku teringin nak pergi lagi. rindu giler dengan sejuk kat sana. haha. kat sini aku sertakan beberapa gambar sepanjang aku kat Genting Highland.  wait my next entry kalau nak tahu pengalaman  travel ke tempat lain pulak <3




















No comments:

Post a Comment